Wednesday, 23 November 2011

Mari dengar dan sebut

Saya Cikgu Masitah.
Saya guru kelas Tahun 1 Cempaka.
Saya guru Bahasa Malaysia.

Saya Danial.
Saya Ketua Kelas Tahun 1 Cempaka.

Saya Aisyah.
Saya Penolong Ketua Kelas Tahun 1 Cempaka.

Kami kemas kelas.
Kelas kami ceria.

Mari bercerita

1.Kulit saya berwarna jingga,
Kepala saya ada mahkota,
Rasa saya manis dan masam,
Siapa saya?

Jawapan = ______________________ .


2.Isi saya keras,
Badan saya berwarna hijau,
Rasa saya sedap,
Cuba teka siapa saya.

Jawapan = ______________________ .


3.Kenal saya ?
Badan saya ada banyak duri,
Rasa isi saya enak,
Saya digelar raja buah.

Jawapan = ______________________ .

4.Kawan-kawan, siapa saya ?
Saya ada banyak rambut,
Warna saya merah,
Rasa saya manis.

Jawapan = _______________________ .

IMBUHAN AWALAN

a) berkunjung = kunjung

b) berbunga = bunga

c) mendapat = dapat

d) membeli = beli

e) penjual = jual

f) menjirus = jirus

Monday, 21 November 2011

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai

-kampung- -datuk- -nenek- -rajin- -kebun sayur-

1) Mei Ling ada datuk dan _____________ .

2) Nama ______________ Mei Ling, Ah Chong.

3) Nama ______________ Mei Ling, Yee Yee.

4) Datuk Mei Ling tinggal di _______________ .

5) Datuk ada kebun _________________________.

Baca dan fahami petikan

Mei Ling ada datuk.
Mei Ling ada nenek.
Nama datuk Mei Ling , Ah Chong.
Nama nenek Mei Ling, Yee Yee.
Datuk Mei Ling tinggal di kampung.
Datuk Mei Ling ada kebun sayur.

Monday, 14 November 2011

Saturday, 12 November 2011

Mari berpantun

Adik mandi di tepi perigi,
Bangun pagi cuci gigi.

Pergi berehat di Batu Pahat,
Gigi kuat gusi sihat.

Gelang emas dipakai Mak Utih,
Baju kemas warnanya putih.

Beli gula bersama-sama abang,
Ibu suka guru pun sayang

Thursday, 10 November 2011

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Objektif:
1)Mendengar, mengecam,mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan betul
2)Mendengar, memahami,dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad,perkataan,frasa dan ayat dengan betul.
3)Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara sevara bertatasusila.
4)Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
5)Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
6)Melakukan aktiviti pramenulis dengan betul.
7)Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
8)Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.